Saturday 20 October 2012

RPH DST TAHUN 2




Rancangan Pengajaran Harian KSSR Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2
Unit 2
Tarikh : 10.10.2012
Kelas : 2H
Masa :0830 - 0930
Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi
Bilangan Murid : 37 orang
Topik : Sains Hayat / Haiwan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat :
1.    Mengenal pasti cara haiwan membiak.
2.       Mengelas sekurang-kurangnya 3 haiwan dalam kumpulan haiwan bertelur dan haiwan melahirkan anak.
Standard Kandungan : 2.3 Memahami tumbesaran haiwan
Standard Pembelajaran : 2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak.
                                              2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat gambar-gambar haiwan dalam bahan cetakan, televisyen atau internet.
Konsep : Teori Pembelajaran Objektivisme
Bahan : gambar-gambar haiwan, kad nama haiwan, kad manila, lembaran kerja
EMK : Bahasa, TMK, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan
Nilai Moral : Bekerjasama, berani mencuba
Kemahiran Saintifik : Memerhati, mengelas, berkomunikasi
Kemahiran Berfikir : Menyelesaikan masalah, menghubungkait
Penilaian P&P : Lembaran kerja

Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
Memerhatikan gambar haiwan
1.       Guru menampalkan gambar kucing dan gambar ayam di papan hijau.
2.       Guru mengemukakan soalan.
i)                    Apakah nama haiwan yang dipaparkan di papan hijau?
3.       Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini.

1.       Murid-murid memerhati gambar yang ditunjukkan oleh guru.

2.       Murid-murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.



3.       Murid-murid menumpukan perhatian tentang penjelasan guru.
ABM:
Gambar haiwan
Kad nama haiwan
KS:memerhati
Perkembangan Langkah 1
Menamakan haiwan mengikut cara pembiakan
1.       Guru menunjukkan gambar-gambar haiwan beranak dan bertelur satu persatu.
2.       Guru menyoal murid-murid apakah cara pembiakan bagi setiap gambar haiwan yang ditunjukkan.
1.       Murid-murid mengenal pasti gambar-gambar haiwan mengikut cara pembiakan.

2.       Murid-murid menamakan haiwan beranak dan bertelur berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
ABM:
Gambar haiwan
Kad nama haiwan
KB:berkomunikasi
KS:memerhati
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Langkah 2
Aktiviti Kumpulan
1.       Guru memberi setiap kumpulan sekeping kad manila dan gambar-gambar haiwan.
2.       Guru meminta murid-murid mengelaskan haiwan mengikut cara pembiakan.
3.       Guru meminta ketua kumpulan menunjukkan hasil mereka di depan kelas.
4.       Guru menyemak secara lisan dan membuat pembetulan kepada jawapan murid-murid.
1.       Ketua kumpulan menampil ke depan untuk mendapatkan kad manila dan gambar-gambar haiwan.
2.       Murid-murid menjalankan aktiviti mengelas haiwan mengikut cara pembiakan.
3.       Ketua kumpulan membawa hasil mereka dan menunjukkannya kepada rakan –rakan yang lain dengan bantuan guru.
4.       Murid-murid menyebut nama haiwan-haiwan yang ditunjukkan oleh guru.
ABM:
Kad manila
Gambar-gambar haiwan
KB:berkomunikasi
KS:menyelesaikan masalah
Langkah 3
Lembaran Kerja
1.       Guru meminta ketua kumpulan menampil ke depan dan menerima kertas lembaran kerja.
2.       Guru menyuruh murid-murid menyiapkan lembaran kerja.
3.       Guru membantu murid- murid yang lemah menyiapkan lembaran kerja.
1.       Ketua kumpulan menampil ke depan dan menerima kertas lembaran kerja.

2.       Murid-murid berusaha untuk menyiapkan lembaran kerja.

3.       Murid-murid yang lemah menyiapkan lembaran kerja dengan bantuan guru.
ABM:
Lembaran kerja
KB:berkomunikasi
KS:menyelesaikan masalah
Penutup
Rumusan
Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitan contoh-contoh haiwan yang melahirkan anak dan bertelur.
Murid-murid menyebutkan nama haiwan yang melahirkan anak dan haiwan yang bertelur.
ABM:
Gambar-gambar haiwan
Kad nama haiwan
KB: berkomunikasi